Pages

Sunday, 3 June 2012

Humaira' menyeka tangis


Humaira menyeka tangis. Ada cemburu. Ada sesal. Ada persoalan-persoalan yang tak terjawab dek logik akal manusia. Ada amarah pada sebuah kisah duka.
"Humaira, luahkan pada Allah tentang apa yang masih membelenggu jiwamu. Jika Humaira perlukan nenek, nenek sedia mendengar dan menasihat mana yang perlu", suara tua itu bagaikan datang tepat pada masa jiwa terluka Humaira memerlukan.
Humaira diam. Ada lara yang ingin dikongsi. Entah apa yang dimahukannya, dia pun tidak mengerti.
Ibu tua itu datang mendekat, memeluk Humaira erat-erat. Pelukan penuh kasih sayang yang mengundang kembali tangis Humaira yang sudah pun bersisa tadi. "Humaira, seharusnya tangis itu Humaira hadiahkan pada Allah sebagai tangis sesal, tangis taubat atas kesilapan lalu. Biar tangis itu dihitung oleh Allah buat bekal ke Syurga nanti, sayangku"
Humaira yang kian tak malu melepaskan sendu cuba mengawal emosinya.
"Ceritakan pada nenek. Mana tahu nenek dapat membantu?", pujuk ibu tua itu sambil mengusap-usap kepala Humaira.
Humaira menceritakan kisahnya. Sesekali Humaira terdiam cuba mengawal tangis daripada turun meluru laju kembali. Ibu tua itu setia mendengar, sesekali mengusap-usap belakang Humaira. Biar Humaira melepaskan segala yang terbuku di hatinya. Lalu Humaira mengakhiri kisahnya dengan kata lafaz penuh sendu..

"... Dan begitulah berakhirnya sebuah kisah duka".. Matanya berkaca. Ada riak kecewa pada sebuah perjalanan kehidupan yang cukup mencabar sabar dalam jiwanya.
Ibu tua itu lantas memegang tangan Humaira sambil berkata penuh makna, "Humaira, sebuah pengalaman duka sememangnya harus diakhiri supaya dapat kita semua mula melangkah untuk memulakan coretan kisah-kisah bahagia yang baru"
"Akan adakah bahagia untuk Humaira?", katanya naif, masih tak lepas meayan emosinya.
"Terpulanglah.."
"Terpulang pada sejauh mana Humaira yakinkan Kasih Sayang Allah. Bergantung pada sejauh mana Humaira bersangka baik pada Allah"
"Allah...", terpacul sebuah nama indah dari bibir Humaira. Satu nama yang dimiliki satu zat yang Maha Berkuasa lagi Maha Berkehendak. Satu Zat Yang PengetahuanNya tiada langsung tandingan.
"Izinkan hati Humaira untuk melihat kembali dunia yang penuh dengan kebahagiaan dan keindahan. Izinkan kecintaan itu masuk menusup kembali dalam jiwa. Segalanya ada di tangan Humaira", kata-kata ibu tua itu bagaikan berdesing di telinganya. Humaira tahu, pasti bukan mudah.
"Tak salah untuk mencuba, kan?", ujar ibu tua itu lagi seakan-akan dapat membaca apa yang sedang bermain di fikiran Humaira.
Humaira mengangguk. Ditariknya nafas dalam-dalam, lalu dihembuskan segala baki kesedihan yang entah dari mana kembali datang menjengahnya tadi. "Astaghfirullahal 'azim.."
Saat itu, Humaira mula tahu. Bahagia itu perlu hadir dalam jiwanya sendiri, dengan berkat Cinta dan Kasih Sayang Allah, Tuhan semesta alam. Pengalaman pasti takkan terpadam, tetapi bakal menjadi guru terbaik untuk menjadi peringatan perjalanan ke akhirat.
Humaira memandang langit.. Namun terlalu jauh untuk akalnya mencari-cari akhirat, tempat pulangnya yang pasti..

Akalku menggeledah langit
Mengharap dapat mengintai akhirat
Biar matlamat terpasak dalam-dalam
Berpaksi dalam sebuah jiwa yang suram
Aku mencari sebuah kisah langit
Satu-satunya kisah yang dapat menguat langkah
Kisah Syurga buat meninggi matlamat
Kisah Neraka buat hati-hati sangkaan jiwa yang gundah

Aku menadah cinta langit
Menghayati limpahan Kasih Sayang
Yang tak pernah putus walau seketika
Hanya aku yang sering keras dalam merasa
Kisah langit itu akhirnya kutemui
Rupanya ada pada sesuatu yang setia dalam genggamanku
Yang sering mengetuk-ngetuk jiwa
Pada kalam rindu Tuhan Yang Satu
Quran al-karim

Humaira menutup bukunya. Bagai bayu indah datang menyapa. Akhirnya bertalu-talu bahagia datang saat diyakini kasih sayang dan cinta Dia yang Menjadikan. Kisah suram rupanya pemula sebuah kerendahan jiwa pada Tuhan. Sebuah kisah yang menyentap jiwa untuk kembali larut dengan rintihan taubat. Untuk mensyukuri keindahan wasilah bahagia yang datang mendamba sebuah hati yang tulus ikhlas kerana Dia

Hati sudah tak pandai berbicara
Terkesima dengan rahsia manisnya bahagia
Terpegun dengan indahnya perancangan Tuhan
Malunya aku pada ragu persangkaan

Terima kasih Tuhan
Kerana tak pernah membiarkan
Kaki ini melangkah jauh

selingan...alunan muzik...

Ayuh kita bersama
Satu hati suara
Meluahkan rasa gundah di jiwa
Gejala melanda akidah umat di cabar
Marilah kita pertahankannya

Bersatu suara dan satu usaha
Bergandingan tangan menggapai cita
Tiada mustahil jika ummahnya
Teguh bersama
Dengan keizinan Allah Yang Maha Esa

Andainya warga bersatu
Kan gentar seteru
Angin sengketa pun tak kan mampu bertiup
Keimanan yang utuh
Tidak kan mudah runtuh
Biarpun dihasut
Musuh-musuh agama

Mantap Aqidah
Kukuh Agama
Perkasa Ummah
Teguh Negara
Bersatu Jiwa
Tak kira warna kulit dan bangsa
Erti bersaudara

Marilah kita bersama zahirkan
Rasa keperihatinan
Dalam usaha selamatkan Aqidah Ummah

Lagu: Isman Hijjaz
Lirik: Atie


Saturday, 2 June 2012

oh Murakib

9.05 malam
"Kita tangguhkan majlis kita dengan bacaan tasbih kifarah dan suratul asr"
Ketua Team mereka menutup  perjumpaan mereka malam itu. Selepas semua ajk mengambil makanan masing-masing, lantas mereka bersalaman untuk bersurai. Fatin masih di situ, menunggu sahabat-sahabatnya yang sedang menyaksikan pertandingan debat yang turut berlangsung di tempat yang sama.
Hajat di hatinya  ingin turut menyaksikan sekali, tetapi kepadatan bilik debat tersebut dengan bilangan penonton yang ramai, tidak mengizinkan Fatin  untuk menjeluskan diri ke dalam bilik debat tersebut. Hampir setengah jam  berlalu, dia hanya menunggu di ruang legar Pustel (*Pusat Intelektual Permai ; tempat yang digunakan untuk membuat perjumpaan pelajar-pelajar Malaysia di Irbid).
Seorang demi seorang syabab keluar untuk pulang ke rumah masing-masing. Penat menunggu.  Di tambah pula dengan kesejukan bayu malam syita'(musim sejuk) yang menusuk hingga ke seluruh tulang. Memang suatu penyeksaan bagi Fatin. Seorang senior akhawat  yang kasihan melihat keadaan Fatin, menahan seorang syabab yang keluar dari bilik debat itu.
''Urm syabab, nak balik ke? boleh tak nak mintak tolong murakibkan?''
''Erm, tak kot''
''Syabab syabab, kalau nak minta tolong murakibkan boleh?"
''Balik mane? kalau balik hijazi bolehlah'' (*hijazi=salah satu petempatan melayu di Irbid)
''yeke, tak apalah'' balas senior akhawat itu.

Fatin hanya duduk di sudut itu. Memandang jam di tangan dengan perasaan yang hampa. 1001 perkara bermain di kotak fikirannya. Baru-baru ini, heboh di medium perhubungan utama warga Irbid iaitu facebook mengenai isu Akhwat keluar tanpa murakib (*murakib ialah syabab yang ditugaskan untuk menemani  akhawat yang keluar selepas waktu yang ditetapkan, yang merupakan sistem pelajar melayu di Jordan untuk keselamatan akhawat. Di Mesir dikenali sebagai Musyrif) dan Akhwat berjalan seorang diri selepas waktu qarar (*qarar pula ialah waktu yang ditetapkan untuk seorang akhawat perlu ditemani oleh murakib bertugas) dan pelbagai lagi isu-isu hangat yang mempamerkan kecaknaan meraka kepada pihak akhawat.
Jelas keprihatinan syabab akan keselamatan akhawat. Fatin terharu. Di manakah lagi akan dijumpai syabab-syabab seperti ini? yang bimbang akan keselamatan saudari agamanya sendiri. Di zaman ini, yang ramai hanyalah lelaki yang berbangga jika dapat merosakkan seorang gadis. Fatin begitu kagum dengan suasana dan biah di sini. Kagum dengan insan-insan yang sanggup berhujan, berbasahan, bersejukan, mengorbankan masa study mereka, hanya untuk memurakibkan akhawat. Memurakibkan akhawat yang tiada pertalian darah, bukan saudara, bukan juga keluarga, bukan juga jiran tetangga. Kebanyakannya memurakibkan tanpa mengetahui siapa yang dimurakib. Atas dasar tanggungjawab menjaga keselamatan akhawat itu.
Tetapi malam ini, Aneh, malam ini sungguh berbeza ! Tidak seperti yang hebat diperkatakan, kebanyakan mereka menolak untuk memurakibkan akhawat. Argh, semuanya sembang kosong. Semua lelaki sama sahaja.  Asal nama bukan keluarga, bukan saudara, mereka menolak untuk murakib. comment di facebook bukan main gah lagi. Cakna konon dengan akhawat.. Cakap tak serupa bikin! Fatin bermonolog sendirian.
Fatin dengan hati separa rela, menunggu juga sahabatnya yang menyaksikan perlawanan debat yang tidak diketahui akan tamat jam berapa, sambil berbual-bual kosong di ruang legar Pustel dengan beberapa lagi akhawat yang turut senasib dengannya.
 "Takpelah sampai sini pun ok je'', tutur seorang akhawat ketika mereka dalam perjalanan pulang.
''Eh takpe, depan sikit lagi la'', balas syabab itu.
Mereka terus mengorak langkah lagi.
''Syabab, sampai sini je ye. Dah dekat dah rumah kami"
''Eh, depan tu je kan? takpe sikit lagi''
''okay''
Tidak berapa lama kemudian, mereka tiba di pintu pagar.
''Terima kasih banyak-banyak murakibkan kitorang'', kata seorang akhawat sambil menghulurkan sebungkus coklat.
''Sama-sama, tak pe je. Tak payah la ni''
''Ambil jela, bukan apa-sangat pun, coklat je''
"Terima kasih"
Malam itu Fatin belajar sesuatu. Bukan semua manusia itu sama. Ada yang diam-diam ubi berisi. Tidak pernah mempamerkan kecaknaan dan keprihatinan, sedangkan sangat tinggi rasa tanggungjawab dalam diri untuk menjaga keselamatan akhawat. Ada yang cakap bagai nak rak, tapi tindakan tak serupa bikin. Ada yang benar-benar prihatin itu juga tidak dinafikan, baik di alam maya mahupun alam realiti. Sungguh rambut manusia sama hitam, tapi hati lain-lain.
Fatin tidak sangka rupanya masih lagi wujud syabab yang berhati mulia seperti itu. Selepas peritiwa di Pustel sebentar tadi yang mana dia  menjadi saksi syabab-syabab yang mengelak untuk murakib(mungkin ada sebab-sebab tertentu), dia seperti tidak percaya, malam itu juga orang yang murakibkan dia dan sahabat-sahabatnya adalah seorang yang begitu berhati mulia. Memang aturan Allah itu indah sekali.
Jika sesuatu terjadi dalam perjalanan  pulang malam ini, dengan dimurakibkan oleh syabab-syabab yang acuh tidak acuh untuk murakib, sudah tentu keselamatan aku dan sahabat-sahabat  juga tidak terjamin. Fatin bermonolog lagi.
Semoga malam ini menjadi saksi. Saksi kepada seorang insan yang masih mempunyai nilai perikemanusiaan dan prihatin terhadap saudari seIslamnya. Semoga malam ini juga menjadi saksi bahawa bukan semua manusia yang baik luarannya, tapi dalamannya juga begitu.
Terima kasih wahai syabab harapan agama. Moga Allah mengganjari pengorbanan kalian yang tidak terhingga. ^_^

suara hati yang merindukanMu..


Assalamualaikum…kenapa kehidupan kita perlu ada cabarn..??cabaran yang adakalanya kita bole lalui dan adakalanya kita tidak bole lalui….dugaan hati paling sukar untuk dirintangi…memang fitrah semua manusia dicacabar dengan cabaran itu..aku merasakan aku tidak cukup kuat untuk mengahdapi semua ini…mengapa aku merasakan bahawa hanya aku seorang sahaja yang menerima dugaan dan cabaran seperti ini..???aku musykil….adakah kerana allah sangat menyayangi aku dan sebab itula Dia melakukan sedemikian kepadaku..??aku lemah..aku tidak kuat seperti orang ramai sangkakan..aku ini jahat….aku ini nakal….jangan kerana aku menghafal al quran aku ini baik belaka..begitu sempurna..tidak..itu semuanya hanya pandangan dari luar..pandangan dari sudut dalamn????adakah mereka semua pernah terfikir??tidak semestinye dari luaran baik dalaman juga baik…itu hanya mainan…..aku sukar untuk lepaskan orang yang pada mulanya agak sukar untuk kumenyayanginya…tetapi bila aku sudah menyayanginya…ya allah..hanya allah sahaja yang tahu betapa tingginya nilai kasih sayang aku terhadapnya….aku tahu…nilai kasih sayang dan rinduku terhadap allah masih tidak cukup……tapi sebagaimana aku menyayangi dan merinduimu ya allah sebegitu juga aku menyayangi dan merinduinya……aku buntu bagaimana harus ku kawal akan perasaan ku ini….huh…..sungguh mencabar bagi diriku…..adakah lelaki hanya ingin mainkan perasan perempuan..??aku takut jika lelaki yang aku menyayangi itu hanya ingin memainkan perasaan aku yang serba lemah ini…terlalu banyak rahsia yang aku pegang dan cuba untuk menyimpannya sebaik mungkin….aku rasa tidak lama lagi segala penyamaran aku terbongkar…..SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT AKHIRNYE JATUH KE TANAH JUGA..huh…aku harus siap sedia untuk  mengahapi pada hari akan datang..sebenarnya aku tidak tahu apa yang diri ku mahu …?yang aku tahu aku hanya inginkan kebebasan…kalau bab belajar mungkin aku perlukan bende yang jadikan aku bangun dan sedar dari mimpi aku…..apa yang aku harus lakukan..??aku ingin jadi diri aku yang dahulu……aku ingin berubah tetapi aku tidak tahu nak mula dari mana…buntu melanda aku….dia membuatkan aku teragak-agak untuk melakukan perubahan…..huh..apalah nasib aku…kenapa takdir hiup aku macam ni??adakah aku ini terlalu kurang ajar..??kurang adab..??aku tahu diri aku ini cepat sangat untuk tersentuh….sedangkan mama dan ayah ku hanya berkata air mata aku sudah bergenang di kelopak mata ku ini..hubh……aku inginkan perubahan….tapi BAGAIMANA???aku sudah tidak tahu untuk berkat apa lagi………aaaarrrggghhh…!!!!!rasa macam mati lagi bagus daripada hidup….apa guna kalau hidup tapi keadaan nya macam ni..??huh…astaghfirrullah……apa aku ini????tak de iman di dada ke????huh….insaflah anis..sebelum terlambat yang amat lambat….mama ayah maafkan anis..anis tahu anis banyak buat salah dekat belakang mama…dan ayah..anis ni anak yang tak kenang budi..ma yah..anis janji anis akan belajar rajen2…..anis akan bagi mama dan ayah kejayaan masa spm nnti..mama dan ayah nak 11a+…i.allah anis akan berusaha untuk dapatkan 11a+ untuk mama dan ayah…..anis akan gembirakan mama dan ayah…aku harap apa yang aku katakana ni aku akan tunaikan…sebagai bukti bahawa aku ini sudah berubah…..aku inginkan perubahan….hijrah lah anis……..jangan lakukan perubahan secara mendadak..lakukannya sedikit demi sedikit…i.allah ko boleh lakukan nya……..bagaimana harus ku tempuhi segala cabaran onak duri yang akan datang hari kelak..???adakahh aku cukup kuat untuk tempuhinya..??kuatkanlah aku ya allah,,,aku ini hamba yang lemah……yang selalu melakukan kakhilafan terthadapMu…..maafkanla diri ini….aku ahnaya inginkan keredhaanMu..ya allah……banttulah hambamu ini…tunjukkan lah dia ke jalan yang lurus menuju ke syurgaMu ya allah…


pesanan buat kaum adam

Wahai lelaki,
apa yang kamu dapat sebenarnya?
Apabila kamu ‘memancing’ wanita?
Kamu menyentuh hati wanita,
Kemudian kamu tinggalkan dia terkontang-kanting sendirian.

Wahai lelaki,

Pasti kamu salahkan wanita,
Mengapa mengharap kepadamu?
Tapi kamu perlu tahu,
Wanita hatinya cukup lembut,
Bila kamu sentuh hatinya, dia mudah menghargai.

Pasti kamu pertikaikan.
Siapa suruh berharap?
Tapi pernahkah kamu tanya pada diri kamu,
Siapa yang memberi harapan kepada wanita itu?
Bukankah lelaki yang selalu memberi harapan,
Dengan bunga-bunga ayat yang mereka cipta?

Wahai lelaki,
Kami akui wanita sangat mudah perasan,
Itulah sifat wanita dan mungkin itu juga kelemahan wanita,
Kami redha dengan kelemahan itu..

Tapi wahai lelaki,
Allah ciptakan kamu dimuka bumi ini,
Bukanlah untuk mengambil kesempatan,
Atas kelemahan wanita jauh sekali menzalimi kami,
Tapi Allah ciptakan kamu supaya kamu,
Membimbing wanita yang lemah ini,
Maka kamu perlu tahu,
Dan jangan sesekali buat kami berharap jika hati kamu tidak ikhlas.

Wahai lelaki,
Apa yang kamu dapat sebenarnya?
Apabila sudah berjaya 'pancing' wanita, kemudian kamu lepaskan dia?
Mungkin kamu dapat pujian melambung daripada kawan-kawan,
Mungkin kamu nampak begitu gah di kalangan kawan-kawan,
Tapi pernahkah kamu fikir?
Kedudukan kamu disisi Allah?
Betapa Allah mengutuk manusia yang menyakiti hati manusia lain.

Wahai lelaki,
Jika kamu seorang yang taat pada Allah,
Jika kamu sangat menjaga solat kerana Allah,
Mengapa lakukan hal sebegini pada wanita?
Bukankah solat itu mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran?
Bukankah menyakiti hati manusia lain itu perbuatan yang zalim?

Wahai lelaki,
Kecoh sekali kamu hebahkan,
Bahawa kamu mahu isteri yang solehah,
Tapi dalam masa yang sama,
Kamu tidak putus-putus 'memancing' wanita,
Untuk tunjukkan kehebatan kamu sebagai lelaki soleh,
Apakah kamu lupa pada janji Allah dalam kalamNya?

“ Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki- laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)……………” ( An-Nur : 26)

Wanita yang baik untuk lelaki yang baik,
Adakah layak kamu peroleh wanita solehah?
Andai kamu sendiri menyakiti hati kaum bakal isteri kamu?
Adakah kamu rasa diri kamu cukup soleh?
Semata-mata kamu menjaga solat padahal solat kamu tidak sesekali mencegah kamu menzalimi kaum wanita dengan menyentuh hati kecilnya?

p/s: duhai sahabatku lelaki soleh... :) Cubalah kenali siapa wanita sebenarnya, daripada mana wanita dicipta...Mereka dicipta bukan dari kaki untuk dialasi, bukan pula dari kepala untuk kalian junjungi tetapi wanita dicipta dari rusuk lelaki yang dekat dihati untuk dilindungi...

 

 

Saturday, 7 January 2012

a pearl of words

1+1=2 eyes look at u....
12+12=24 hours thinking about u...
3+4=7 days in week missing u....
1+11=12 months i always need A SWEET PERSON LIKE YOU!!




it's occur from my best friend...
he is very kind and loving...
i'm proud because he willingly become my friend....
my best friend forever.........
may God bless us....
amiin.....





                                                                 BIIZNILLAH......

Friday, 6 January 2012

rintihan hati.....

Ya Allah;
kini kumerintih padaMu....
kerna kutelah segala laranganMu...
kini kusedar aku diselubungi dosa...
ampunkanlah segala dosaku..
Ya Allah....

Ya Allah..
telah kuberjanji dengan diriku...
akan kulabuhkan cinta hatiku ini..
hanya kepada kekasih istimewaku...
ku hanya simpan dan jaga hati kecilku ini untukmu....

Ya Allah..
ujilah aku dengan segala macam ujian dan dugaan...
tetapi Ya Allah...
janganla Engkau mengujiku dengan ujian HATI...
aku tidak mampu untuk menahannya malah untuk mengawal perasaan nafsuku yang bermain di hati kecilku
 ini.....

Ya Allah..
perihalalah hati kecilku ini..
jauhkanlah aku dari segala dosa dan maksiat..
jagalah IMAN di hatiku ini...
kuatkanlah IMAN dan TAKWA diriku ini...Ya Allah..






salam ukhuwah........