Pages

Saturday, 2 June 2012

oh Murakib

9.05 malam
"Kita tangguhkan majlis kita dengan bacaan tasbih kifarah dan suratul asr"
Ketua Team mereka menutup  perjumpaan mereka malam itu. Selepas semua ajk mengambil makanan masing-masing, lantas mereka bersalaman untuk bersurai. Fatin masih di situ, menunggu sahabat-sahabatnya yang sedang menyaksikan pertandingan debat yang turut berlangsung di tempat yang sama.
Hajat di hatinya  ingin turut menyaksikan sekali, tetapi kepadatan bilik debat tersebut dengan bilangan penonton yang ramai, tidak mengizinkan Fatin  untuk menjeluskan diri ke dalam bilik debat tersebut. Hampir setengah jam  berlalu, dia hanya menunggu di ruang legar Pustel (*Pusat Intelektual Permai ; tempat yang digunakan untuk membuat perjumpaan pelajar-pelajar Malaysia di Irbid).
Seorang demi seorang syabab keluar untuk pulang ke rumah masing-masing. Penat menunggu.  Di tambah pula dengan kesejukan bayu malam syita'(musim sejuk) yang menusuk hingga ke seluruh tulang. Memang suatu penyeksaan bagi Fatin. Seorang senior akhawat  yang kasihan melihat keadaan Fatin, menahan seorang syabab yang keluar dari bilik debat itu.
''Urm syabab, nak balik ke? boleh tak nak mintak tolong murakibkan?''
''Erm, tak kot''
''Syabab syabab, kalau nak minta tolong murakibkan boleh?"
''Balik mane? kalau balik hijazi bolehlah'' (*hijazi=salah satu petempatan melayu di Irbid)
''yeke, tak apalah'' balas senior akhawat itu.

Fatin hanya duduk di sudut itu. Memandang jam di tangan dengan perasaan yang hampa. 1001 perkara bermain di kotak fikirannya. Baru-baru ini, heboh di medium perhubungan utama warga Irbid iaitu facebook mengenai isu Akhwat keluar tanpa murakib (*murakib ialah syabab yang ditugaskan untuk menemani  akhawat yang keluar selepas waktu yang ditetapkan, yang merupakan sistem pelajar melayu di Jordan untuk keselamatan akhawat. Di Mesir dikenali sebagai Musyrif) dan Akhwat berjalan seorang diri selepas waktu qarar (*qarar pula ialah waktu yang ditetapkan untuk seorang akhawat perlu ditemani oleh murakib bertugas) dan pelbagai lagi isu-isu hangat yang mempamerkan kecaknaan meraka kepada pihak akhawat.
Jelas keprihatinan syabab akan keselamatan akhawat. Fatin terharu. Di manakah lagi akan dijumpai syabab-syabab seperti ini? yang bimbang akan keselamatan saudari agamanya sendiri. Di zaman ini, yang ramai hanyalah lelaki yang berbangga jika dapat merosakkan seorang gadis. Fatin begitu kagum dengan suasana dan biah di sini. Kagum dengan insan-insan yang sanggup berhujan, berbasahan, bersejukan, mengorbankan masa study mereka, hanya untuk memurakibkan akhawat. Memurakibkan akhawat yang tiada pertalian darah, bukan saudara, bukan juga keluarga, bukan juga jiran tetangga. Kebanyakannya memurakibkan tanpa mengetahui siapa yang dimurakib. Atas dasar tanggungjawab menjaga keselamatan akhawat itu.
Tetapi malam ini, Aneh, malam ini sungguh berbeza ! Tidak seperti yang hebat diperkatakan, kebanyakan mereka menolak untuk memurakibkan akhawat. Argh, semuanya sembang kosong. Semua lelaki sama sahaja.  Asal nama bukan keluarga, bukan saudara, mereka menolak untuk murakib. comment di facebook bukan main gah lagi. Cakna konon dengan akhawat.. Cakap tak serupa bikin! Fatin bermonolog sendirian.
Fatin dengan hati separa rela, menunggu juga sahabatnya yang menyaksikan perlawanan debat yang tidak diketahui akan tamat jam berapa, sambil berbual-bual kosong di ruang legar Pustel dengan beberapa lagi akhawat yang turut senasib dengannya.
 "Takpelah sampai sini pun ok je'', tutur seorang akhawat ketika mereka dalam perjalanan pulang.
''Eh takpe, depan sikit lagi la'', balas syabab itu.
Mereka terus mengorak langkah lagi.
''Syabab, sampai sini je ye. Dah dekat dah rumah kami"
''Eh, depan tu je kan? takpe sikit lagi''
''okay''
Tidak berapa lama kemudian, mereka tiba di pintu pagar.
''Terima kasih banyak-banyak murakibkan kitorang'', kata seorang akhawat sambil menghulurkan sebungkus coklat.
''Sama-sama, tak pe je. Tak payah la ni''
''Ambil jela, bukan apa-sangat pun, coklat je''
"Terima kasih"
Malam itu Fatin belajar sesuatu. Bukan semua manusia itu sama. Ada yang diam-diam ubi berisi. Tidak pernah mempamerkan kecaknaan dan keprihatinan, sedangkan sangat tinggi rasa tanggungjawab dalam diri untuk menjaga keselamatan akhawat. Ada yang cakap bagai nak rak, tapi tindakan tak serupa bikin. Ada yang benar-benar prihatin itu juga tidak dinafikan, baik di alam maya mahupun alam realiti. Sungguh rambut manusia sama hitam, tapi hati lain-lain.
Fatin tidak sangka rupanya masih lagi wujud syabab yang berhati mulia seperti itu. Selepas peritiwa di Pustel sebentar tadi yang mana dia  menjadi saksi syabab-syabab yang mengelak untuk murakib(mungkin ada sebab-sebab tertentu), dia seperti tidak percaya, malam itu juga orang yang murakibkan dia dan sahabat-sahabatnya adalah seorang yang begitu berhati mulia. Memang aturan Allah itu indah sekali.
Jika sesuatu terjadi dalam perjalanan  pulang malam ini, dengan dimurakibkan oleh syabab-syabab yang acuh tidak acuh untuk murakib, sudah tentu keselamatan aku dan sahabat-sahabat  juga tidak terjamin. Fatin bermonolog lagi.
Semoga malam ini menjadi saksi. Saksi kepada seorang insan yang masih mempunyai nilai perikemanusiaan dan prihatin terhadap saudari seIslamnya. Semoga malam ini juga menjadi saksi bahawa bukan semua manusia yang baik luarannya, tapi dalamannya juga begitu.
Terima kasih wahai syabab harapan agama. Moga Allah mengganjari pengorbanan kalian yang tidak terhingga. ^_^

0 comments:

Post a Comment